Sayang Tidak Semestinya Dengan Sentuhan
Assalamualaikum . . .
Baru-baru ini di media sosial menjadi suatu viral tentang isu pegang anjing di kalangan umat Islam. Pelbagai hujah mahu pun ceramah lebar berkenaan hal tersebut. Tup2 wujud pula Kempen "I want to touch a dog" dan ia dihadiri juga oleh Muslim. Samar2 juga dengan matlamat penganjuran kempen tersebut. Bagi aku, isu ini sgt serius, bukan kita ini kolot atau ape. Cuma mmg terang2 ia adalah kategori najis yang berat sama juga dengan binatang khinzir. Suka untuk aku repost pendapat kenalan matrik aku ni yang juga pemilik Butik ElleZada berkenaan hal ini yang aku kira ringkas tetapi padat dan mudah difahami dan aku juga setuju dengan statement yg dikongsikannya.. Moga kita semua mendapat input yang bermanfaat, In sya Allah.
![]() |
(Sumber ehsan dari Google) |
elliyinrasif : Sayangilah anjing kerana dia juga haiwan. Tapi jangan sampai nyanyuk
bahawa anjing itu kategori najis. Kalau kita takkan suka-suka pergi
kepada najis dan bermain-main, berpeluk cium dengan najis kenapa ada
pengecualian pada anjing? Tindakan sengaja mengotorkan diri dengan najis
sahaja sudah haram.
Kata kunci di sini : SENGAJA & SUKA-SUKA
Sekiranya seseekor anjing dalam bahaya, diancam atau memerlukan bantuan
maka dalam situasi begini WAJIB kita memberi bantuan walau tangan tanpa
alas kemudian WAJIB la sertu/samak. Sekiranya anjing itu inginkan
makanan / minuman, menjadi kewajipan kita untuk memberinya jika mampu.
Tak bermakna kita perlu peluk cium meskipun kita suka & sayang.
Makin mencabar membesarkan anak dengan Islam dalam dunia sekarang. Para
'agamawan' pun semacam diam nak memberitahu yang benar belum lagi sentuh
kategori 'apologetic Muslims' & 'Urban Muslim' yang mewasatiyyah
segala benda. Jangan dipersendakan sesuatu yang sudah jelas hukumnya.
Berkatalah yang benar meskipun ianya pahit. Open-minded tu berbeza tau
dengan apologetic.
Penting untuk ajar anak-anak tentang perkara basic seperti najis &
tatatertib berdepan dengan najis. Itu tidak bermakna kita fobia atau
benci anjing. In fact I love them but I love my deen more and I have no
shame in saying that out loud.
Benda mudah jangan disusahkan. Benda yang penting jangan pula
diremehkan. Syadid (keras) jangan sampai jumud. Wasatiyyah (sederhana)
jangan sampai loggar.
Ni video lama masa Zahraa umur 8 bulan. Cuma tergerak nak share sebab
bertimpa-timpa percanggahan dalam media sosial. Benda ni kena jelas.
Kalau tak, saya pun nak bela sekor Terrier ni. Comel kot!..cuma ada
batasnya bila bersabit perintah dalam agama.
This is my Deen, my Islam. That is without question. "Bagi kamu agama
kamu, dan bagiku agamaku" (Al-Kaafiruun 109:6)
Yeah, I still visited this Terrier every now & then and I took
Zahraa to Pet Shop so she can see how playful & fun dogs are and at
the same time understanding how the deen taught us in dealing with them
(dogs). Love has no barrier. The problem is when you think 'touching' is
the ONLY element that translate into love.
Org skarang banyak guna akal.. bila akal melebihi iman jadi macamni la.. aduihai
ReplyDeletebaiklaa hayati..heee
Delete